BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

mAi cRi kAt Sini

Monday, May 2, 2011

~~~ hanyut```````

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

dimana arus kumula hati yang berbunga..ahh, ada yang suka dan yag kecewa ada yang jelek memandangnya ada yang tidak heran ada atau tiada..

pedulikan semuanya bilamana aku rasa hanyut....
pedulikan semuanya bilamana aku gagal menjaga..
pedulikan semuanya bilamana aku ingkar titipan hati saat2 berderai terhempas....
 pada seorang teman aku mengadu perihal sendu dan keliru...
pada seorang teman yang memintaku jawapan pada persolan islam yang jika kau tahu teman aku tak layak menasihatimu...malu..
mujur titip teman itu mendamai rasa yang bergetar dengan air mata...

sujud ku itu pernah ada petanda, ya nyaman ku rasa..tp itu tanda apa...sujud-sujud seterusnya tiada berita menjadi petanda...aku mengadu lagi perihal sendu pada sang teman....
katanya jangan putus asa, teruskan sujud mu...
teman kini bukan lagi petanda menjadi masalah utama....ya pasti aku sujud lagi...

aku kini hanyut dan merombak pada yang lain...aku kini mula berimaginasi tinggi...aku kini mengingkari pesannya hati....
rona positive itu ada tp tahap yang mana, pesan ht ku....... sampaikah level itu....

aku bimbang teman aku ditegur lagi kerana aku hanyut..
pedulikan yang kecewa pedulikan yang tak suka pedulikan yang sama2 menyokong saya...
aku terlebih bimbangkan hanyut ku dan kesan ombak respon ku....aku ingkar kata hati..aku ingkar bisikan nurani..aku takut ditegur lagi...

arg! kau yang memaksa aku melayan hati mu pernah mengambil kira kesukaan ku????layak kau medorong ku merasa sedih mu sedang kau pernah gembira dengan bengkak-bengkak mataku....
ya nisaa...islam itu umatnya bersifat pemaaf...arg!! ya aku ingat pesan dia, raikan perbezaan kita...aku ingt pesan teman xsalah menggembirakan hati orang, tapi hati kita,hati kitalah..







Thursday, April 14, 2011

imann...manisnya iman...

video

this sick soul are on dying thinking the stupid mind i hold...
on dying holding the stupid soul of me....
but if all will be the past...y should we giving up...
im not giving up with my idiot soul with my stupid mind...
Allah help me (T_T)
i wont blame any for this idio and stupid i hold...
because this what u determine as task for me...
but i do hope Allah, tight me with redha..tight me with patient...tight me with iman...
only u Allah..

hasbunallahnikmalwakil nikmalmaula wanikman nasir....

Tuesday, April 12, 2011

aku menyanyi kau petik gitar sengol sengolan cubit cubitan

Bismillah
bicara isu semasa..=) yang menemukan ku dan niatku...

adakah boleh muzik???

ada shabab dikuliah ku tegas dengan prinsipnya mengatakan haram...sungguh yang ku lihat dalam dirinya bimbangnya dia pada fitnah yang nyata pada kesesatan yang tidak nampak..kerana itu dia mengharamkan...

bagi ku ada perbahasan yang menyatakan halal dan haram pada muzik..

tp pada bahasan syabab itu begitu banyk perincian yang perlu diletakkan untuk menghalal kan maka dia terlihat bimbang kepada umat akhir di abang fitnah ini dikecam dengan kesesatan lagi...
ahh sungguh aku menjadi hormat pada kerisauaannya...
ahh aku sungguh bahkan menjadi kagum pada diamnya beliau saat pembentangan yang sebenarnya terselit prinsip yang meletakkan umat sebagai ketakutan yang nyata...

muzik mengikut ibn hazim adalh harus , mungkin juga kerana sezaman nya tidak senazak zaman akhir ini...
method dakwah yang aku pernah dalami dahulu ada banyak kaedahnya
kaedah wali songo yang menggunakan masalah sebagai medium untuk menyelesaikan masalah lebih selalu aku guna dalam kotak pemikiranku...umat kini muzik terlalu seakan menjadi nadi dalam kehidupan...nak beli baju dgr muzik lepak dalam kreta dgr muzik..plg sempoi pun permulaan berita ada montaj yang menggunakan muzik sebagi suara latar.....na...hidup penuh dgn muzik....

jika terus kita mengharamkannya....terus bagaimana??? sedang zaman nabi juga ada muzik???
bukan mengharamkannnya tetapi menapisnya....

ya kerja berat! kan lebih mudah mengharamkan terus????? itu terlihat lebih mudah dalam memberikan hukum..tak perlu lagi terasa adanya unsur shubhah, tak perlu berpikir syarat2 yang perlu ad adalam muzik..syarat itu bisa berubah2 lagi...aduh pening tu..nt kita pulak yang terlihat tak pandai berdakwah..

namun fikiran ku terbang lagi.....sedang arak yang nyata haram pun pengharaman nya Allah bt berperingkat peringkat...terus muzik yang nabi dengar bagaimana???? tidakkah melampau jika terus mengharamkan????

susah kan nk tapis-tapis....tapi itulah jalan dakwah...berliku..tidak rata seperti yang dipinta...
ya kita akan menyelusuri satu jalan kekeliruan..haram atau halal...kita bimbang kita memberatkan islam yang ringan dan mudah ini atau kita tersasul meringankan agama Allah...

kekeliruan yang indah ini sebenarnya adalah tujuan untuk kita berfikir...untuk kita bermusyawarah untuk kita berbincang dan melihat dalil2, jgn sampai bergaduh,,,,tapi dua pandangan berbeza membuat kita lebih mengasah minda....hanya yang bodoh sahaja memilih bergaduh dalam menegakan kan hujah...

Allah jadika kita ini pelbagai-bagai supaya kita berkenal-kenal...
nah..ini terjadi padaku sekitar beberapa minit tadi....syabab itu dengan fikrahnya yang begitu sayangkan umat, yang begitu bimbang dia memesongkan makhluk yang disebut nabi 3 kali seblum wafatnya....sedang aku pula lebih kepada islam itu mudah....islam itu indah...bukan lah bermakna aku tidak memikirkan umt, bukanlah juga bermakna syabab tadi tidak takut merasi nya indah...
tapi manusia itu berbeda...yang pasti ini tunjangnya kerana Allah..aku dngn fikiranku kerana agma Allah ini indah dan mudah...syabab itu dengan fikirannya kerana dia bimbang memesongkan hamba Allah,kerana dia bimbang dengn kondisi hamba Allah zaman akhir ni....

akhirnya keranaMu ya Allah...mohon semoga ada lah kebaikan disisiMu wahai tuhan kami, tuhan semesta alam...

wallhualam

------------------------------------- resah merindu sabda ditunggu

sekilas...niat itu ada,, dan dikabul kan Allah
ini anugerah atau bencana??

bila niat menjadi kenyataan...apa yg kita rasa???
bila kenyataan jadi tiba-tiba...apa yg kita rasa???

sucikanlah aku sebelum Kau memanggilku...suci zahir batin....Allah..


ini bencana kah???

aku pasrah...mendengar hujah dengan pengetahuan aku terpana..
terpana lagi dengan ujian Mu..adakah akan menegur ku....

Allah tunjukkanlah aku menuju jalanMu sebelum tubuh ini membeku...

sahabat perkara yang aku ceritakan semalam, angan-angan gurauan yang sebenarnye ada titik dihati yang ku ceritakan semalam, benar terjadi dengan izinNya..dan aku bimbang duhai shabat, aku ditegur lagi, krn aku sedang perit membiasakan diri dengan hal sebegini..

petang ni ada test dan submit asemen bt diktatot di fakulti..dan aku gagal lagi...aku bersedia untuk kekal disini asalkan ilmu itu akan diperolehi...tp aku tidak sekelumit pun bersedia mnghadapi wajah-wajah kehampaan keluarga yg sarat harapan..
argh! perkara ini menjengah lagi...aku tidak mahu hanyut....

sungguh jika ada Kau tetapkan jua kn ya Tuhan....biarkan dan tak berusaha????argh! keliru...

baik...yang itu belum tentu....mungkin pintu ku saja yang terkuak dengan takdir tadi....jika ada dua pintu yang terkuak dg takdir Mu ya Allah, sungguh aku bersyukur....

(-_-) alhamdulillah....ujian ini kian lembut menyapa diri...suhu ku kembali normal, fikiran ku kembaloi waras....hati=hatiku kini kerana Mu ya Allah...moga ada kebaikan disisi Mu...
benarlah...hasbunallah wanikmal wakil nikmalmaula wanikmannasir...... (-_-)



Monday, April 11, 2011

kamuuu mafkanlah aku...

maafkan ku..
terasa ringan untuk menyampaikan masej ini kepada gerangannya..tp xmungkin, itu lebih mendatangkn kerumitan, bahkan lebih mendorong kepada musibah yang tak pasti apa...
aku membisikkan dalam hati, maaf kan ku, Allah sekarang sedang menegurku,Alah sekarang sedang menghukumku.. jadi Maafkan ku kerana menganiaya kamu sewaktu aku dan kamu dahulu..

terkadang teringatkan kamu, dalam benak ku kamu mungkin kah begitu? ini seolah2 satu impuls dari dirimu..haha berangan,cukuplah allah buatku, ini adalah yang lebih baik bagi ku, aku sedang merangkak di tangga ini, doakan ku berjaya, meraih manisnya iman, peritnya berpisah dengan Nya Allah....
Sebolehnya aku tidak mahu ingatkan kamu walau hanya ter, kerana itu menghirisku, menghirisku dari berkawan dengan teman ku menghirisku dari ketempat kelahiranmu, menghirisku pada kedatangan yang hmpir sepertimu...
teguran Allah menjengah lagi, kasih allah terasa lembut dihati..Allah maani...EnsyaAllah.
setiap bait ini kelihatan seolah hanya aku yang memahamnya, sememangnya itu tujuan ku, kerana laman ini juga tidak ada pembaca setianya, itulah yang aku lebih suka....agar aku bebeas meluahkan kata, atas apa yang aku rasa tanpa mengundang bencinya sesiapa...

maafkanku, menganiaya kamu, bukan salah teman ku bukan salah kamu, tp kerana sifatnya aku, dan allah menegurku dengan membawa pergi kamu, bahkan memberikan padamu peluang yang dimata ku nampak membahagiakan kamu, aku selalu ingin pantas memintas mu dalam jayanya bahagia, tp aku berangan sendiri, sepi dengan angan-angan itu membuat ia terhiris lebih dalam..
tp Allah bersama ku,,Hasbunallah wanikmalwakil nikmalmaula wanikamnnasir.....

maafkan ku, kamu yang aku aniaya dulu.....


wallahualam


Wednesday, March 30, 2011

~~jodohku~~

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
sesungguhnya entry ini adalh copy paste secara total dari laman empunya fasebuk AkuIslam.com..adalh sebagai pengubat hati maka aku sedikit pun tidak mengubah walau sehuruf apatah lagi sepatah dari patah2nya hatta gambr nya juga turut menjadi plagiat entry ku, kerana hati ini jiwa ini begitu tenang dgn tiap baris katanya....


paradigma mukmin

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

Tuesday, March 29, 2011

W@rk@h d@r! @$@l Ru$uk kiriku




video

ingin aku kembali kepada fitrah insani
tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi
bebaskanlah diriku dari dibelnggu dosa noda
nafsu durjana